Selasa, 14 Jun 2016

How to Pick the Best Dress Online



Kalau kita amati dengan teliti, sekarang semakin banyak online seller dan online boutique yang boleh anda temui di laman-laman sosial seperi Instagram dan Facebook. Dari koleksi tudung, baju kurung, dress, kaftan, aksesori dan lain-lain lagi barangan keperluan semuanya kini boleh dibeli secara online dengan mudah. Bagi penggemar koleksi dress pula, biasanya mereka lebih gemar membeli koleksi dress online berbanding di kedai-kedai biasa kerana harga di kedai adalah lebih mahal daripada online. Selain ditawarkan dengan harga yang lebih murah, pembeli juga berpeluang menikmati lebih penjimatan dari segi penjimatan petrol, tol, parking dan masa!
Untuk entri kali ini, jom kita kongsikan sedikit tips-tips untuk anda yang ingin membeli dress online terbaik bagi satu pembelian yang berbaloi!

  1. Pertama sekali, sama seperti anda membeli apa pon jenis pakaian, perkara yang terpenting sekali adalah dengan mengetahui ukuran dan saiz yang betul. Khususnya bagi wanita, ukuran bahagian pinggul, pinggang dan dada adalah 3 ukuran yang terpenting.
  2. Kedua, beli koleksi dress yang benar-benar anda gemari dan anda pasti anda akan memakainya. Jangan teragak-agak membeli sesuatu atau hanya mengikuti trend secara membuta tuli.
  3. Ketiga, baca butiran lengkap mengenai barangan tersebut dengan teliti dan semak kesemuanya sebelum anda mengesahkan pembelian anda.
  4. Dan yang terakhir, pastikan anda membuat pembelian daripada portal online yang benar-benar boleh anda percayai untuk pembelian yang terjamin.

Selasa, 24 Mei 2016

Resepi: Samosa Inti Sardin


sumber gambar: google


Resepi

Bahan-bahan:

Cili boh/ cili kisar
kulit popia
Daun ketumbar/ daun sup ( dihiris)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Ubi kentang (dipotong dadu)
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Ikan sardin ( dihancurkan)
1 sudu rempah kurma


Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili boh/ cili kisar dan rempah kurma. Tumis sehingga garing dan masukkan sedikit air.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang, daun ketumbar, dan sardin hancur. Gaul rata dan tambah garam serta gula secukup rasa. Biarkan hingga ubi kentang menjadi empuk. Asingkan.
4. Selepas itu bolehlah letak inti atas kulit popia dan dilipat menjadi bentuk segitiga (kalau tak pandai boleh search dekat google)
5. Sapukan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung jagung atau putih telur untuk mengelakkan lipatan dari terbuka. 
6. Panaskan minyak kemudian goreng sehingga berwarna keemasan.

Khamis, 19 Mei 2016

RESEPI: Aiskrim


Assalamualaikum




Yummy! Sedapnya aiskrim.. Siapa kat sini suka makan aiskrim sila angkat tangan!! Haa, boleh dikatakan semuaorang suka makan aiskrim. Yang tak suka tu tak tahu la nak cakap pe. Hilang nikmat dunia. Kalau nak beli selalu susah la. Perabih duit je. Apa kata kita buat sendiri. Tak susah pun. Senang sangat-sangat. Yang penting rasa sedap macam aiskrim yang dijual tu. 

Ni Nadia nak share la resepi aiskrim ni. Korang jangan tak buat pulak. Penat nadia taip ni. ikut sebijik-sebijik tau resepi ni. Karang kalau dok hentam sendiri tak jadi aiskrim padan muka. Membazir je nanti.


Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 biji telur
6 sudu gula kasar
1 sudu ovalette
1 sudu perisa (ikut suka)


Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan kedalam 1 bekas kemudian putar dengan mixer hingga kembang.



Senang kan. Tunggu apa lagi, pi la beli barang pastu terus buat. 

Bye2!

Love: To Receive or To Give?



Love is not something to force..
It grows deep inside human heart..
Love is not about to receive the love only..
you should give your love too

Only with that..
your love will grow bigger..
and last longer

Ahad, 15 Mei 2016

5 Sebab Mango Digemari Rakyat Malaysia


Jenama besar Mango bukanlah suatu jenama yang asing dikalangan para penggemar fesyen di Malaysia lebih-lebih lagi wanita di ibu kota. Jenama hebat yang mempunyai cawangan butik di hampir setiap pusat membeli-belah di bandar besar Malaysia ini membawakan pelbagai koleksi pakaian kasual dan formal seperti baju-t, blouse, kemeja, jeans, skirts, outerwear dan juga aneka koleksi beg tangan, kasut dan aksesori yang cukup menawan. Pendek kata, Mango merupakan pusat sehenti bagi kaum wanita yang ingin tampil bergaya from head-to-toe.
Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa Mango Clothing amat popular dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia;
  1. Harga yang berpatutan

Jika ingin dibanding dengan harga pakaian daripada keluaran jenama-jenama yang lain, koleksi pakaian Mango ternyata lebih berpatutan dan mampu milik.

  1. Kualiti yang baik

Walaupun koleksi pakaian Mango ditawarkan pada harga yang berpatutan, mereka juga amat menjaga kualiti setiap helaian koleksi yang dijual. Fabrik yang terbaik digunakan serta jahitan yang amat kemas.

  1. Versatile

Paling best sekali adalah kerana koleksi pakaian Mango sememangnya versatile atau dengan kata lain, boleh dipakai ke mana sahaja. Mango mengekalkan ciri-ciri minimal dan elegan pada setiap helaian pakaian yang dihasilkan.

  1. Range saiz yang besar

Dan apa yang paling digemari oleh ramai wanita Malaysia adalah kerana potongan pakaian yang menepati saiz badan wanita Asia serta range saiz yang besar.


Jumaat, 13 Mei 2016

HAPPINESS



LIVE every moment
LAUGH every day
LOVE beyond words

NEVER GIVE UP



never give up
because good are about to happen if you work harder..
and strive for your best

Failure
only means that it is your first step 
in achieving the success in your life

Rabu, 13 April 2016

Proper Men’s Wear on A Date


Seperti wanita, lelaki juga harus kelihatan kemas dan bergaya semasa ingin menghadiri temujanji atau meluangkan masa bersama yang tersayang. Perkenalan yang sudah lama menyebabkan kedua-dua pihak sudah berasa selesa bukanlah alasan anda malas untuk bersiap. Malah, kajian menunjukkan bahawa penampilan yang menarik juga merupakan salah satu faktor utama yang mengukuhkan sesuatu perhubungan itu. Oleh itu, entri kali ini khusus untuk kaum lelaki di luar sana yang tidak tahu untuk bergaya atau mungkin kehabisan idea untuk memilih pakaian jenis apa yang paling sesuai dipakai ketika date. So, let’s find out what is the proper men’s wear on the list!

Pilihan 1
The best combination is always jeans and tees terutama sekali ketika hujung minggu yang santai. Ia memberikan anda keselesaan yang optimum dan juga merupakan gaya kasual yang terbaik. Namun, tambah pemakaian jacket sebagai pelengkap gaya anda!

Pilihan 2
Untuk gaya smart casual pula, padankan jeans kegemaran anda bersama kemeja kasual seperti berikut untuk kelihatan kemas dan bergaya.

Pilihan 3
Since jogger pants kini sedang trending, anda juga boleh memilih untuk menggayakan koleksi jogger pants tersebut untuk dipadankan bersama t-shirt atau sweatshirt.


Dan untuk makan malam yang lebih istimewa, gayakan kemeja anda bersama slack pants atau chino pants seperti berikut untuk kombinasi gaya yang dijamin smart!

Jumaat, 11 Mac 2016

Favourite Drama

Assalamualaikum...
 
 
 
Hai korang! korang tahu tak drama korea ni? Tengok gambar kat atas tu.. Yang jenis layan korea mesti tahu kan tajuk drama ni. Nadya tak nak bagitahu.. Korang cari la sendiri ek. lama dah drama ni tapi seriously tengok banyak kali tak rasa jemu pun. And dia punya actor semua handsome ok. melting I tau uollss..
 
Malas nak celoteh panjang.. nak share gambar yang comel-comel ni..
 

 

 

 

Rabu, 24 Februari 2016

Cara Menjadi Fashion Blogger Malaysia yang Sukses


 
 
 
Berbanding suaku ketika dahulu, penulisan blog kini dianggap sebagai salah satu platform penting yang menyalurkan informasi-informasi terkini. Oleh itu, tidak hairanlah jika semakin ramai individu yang semakin berjinak-jinak dengan penulisan blog dan ramai sekali kita dapat lihat blogger-blogger yang turut membuat keuntungan daripada penulisan tersebut. Seperti yang kita tahu, penulisan blog adalah pelbagai dan salah satu genre kegemaran ramai adalah penulisan mengenai fesyen atau fashion blogging.


 
Diantara kriteria penting yang harus ada pada seorang penulis blog fesyen adalah ARIF MENGENAI FESYEN, PAKAR MENGENAI FESYEN dan MEMAHAMI FESYEN. Atau dengan kata lain, seorang blogger yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai fesyen adalah mustahil untuk menjadi seorang fashion blogger.
Well, untuk anda yang mungkin berminat untuk menjadi salah seorang fashion blogger Malaysia yang sukses dan dikenali, berikut terdapat beberapa panduan yang harus anda ikuti;
1.   Pertama sekali, open up a blogspot account. Atau wordpress atau tumblr atau apa sahaja platform yang anda familiar.
2.   Uji pengetahuan anda mengenai dunia fashion. Banyakkan membaca majalah-majalah fashion atau article yang berkaitan dengan perkembangan fesyen terkini. Ambil tahu keluaran koleksi-koleksi terbaru dan apakah trend fesyen yang sedang trending.
 
 
3.   Rajin bereksperimen. Jika sekarang sedang hangat dengan trend jogger pants misalnya, anda juga harus memiliki sepasang jogger pants dan cuba bergaya dengan seluar tersebut. Get some fashion tips from the internet dan tampil berkeyakinan. Ini adalah cara untuk anda menarik follower blog anda.
 
 
4.   Always double confirm sebelum anda menulis article tersebut. Ingat, fashion is universal!
 
 
 

Selasa, 23 Februari 2016

Quote #1

 
Assalamualaikum/ Hi !
 
 
 
Hey peeps! Just wanna share some meaningful words with u all. In our lives, we deal with people. During working, socializing and anything we do, we often deal and interact with people. So, you need to bear in mind that people do have emotion and feeling. Thus, we need to be aware of what we talk, do, or even our body languages show so that we won't make other people feel bad and hate us. be a good thinker, listener as well as good attitude. Then, people will love you!!
 
Chillssss....
 

Comments system

Disqus Shortname