Rabu, 13 April 2016

Proper Men’s Wear on A Date


Seperti wanita, lelaki juga harus kelihatan kemas dan bergaya semasa ingin menghadiri temujanji atau meluangkan masa bersama yang tersayang. Perkenalan yang sudah lama menyebabkan kedua-dua pihak sudah berasa selesa bukanlah alasan anda malas untuk bersiap. Malah, kajian menunjukkan bahawa penampilan yang menarik juga merupakan salah satu faktor utama yang mengukuhkan sesuatu perhubungan itu. Oleh itu, entri kali ini khusus untuk kaum lelaki di luar sana yang tidak tahu untuk bergaya atau mungkin kehabisan idea untuk memilih pakaian jenis apa yang paling sesuai dipakai ketika date. So, let’s find out what is the proper men’s wear on the list!

Pilihan 1
The best combination is always jeans and tees terutama sekali ketika hujung minggu yang santai. Ia memberikan anda keselesaan yang optimum dan juga merupakan gaya kasual yang terbaik. Namun, tambah pemakaian jacket sebagai pelengkap gaya anda!

Pilihan 2
Untuk gaya smart casual pula, padankan jeans kegemaran anda bersama kemeja kasual seperti berikut untuk kelihatan kemas dan bergaya.

Pilihan 3
Since jogger pants kini sedang trending, anda juga boleh memilih untuk menggayakan koleksi jogger pants tersebut untuk dipadankan bersama t-shirt atau sweatshirt.


Dan untuk makan malam yang lebih istimewa, gayakan kemeja anda bersama slack pants atau chino pants seperti berikut untuk kombinasi gaya yang dijamin smart!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Comments system

Disqus Shortname